Friday, 3 January 2014

22 December 2013 - Emergency Balik ke Johor

Assalamualaikum w.b.t.,

Pada tarikh tersebut (22 December 2013) keadaan yang memaksa untuk saya pulang ke Johor. Pada mulanya, saya hanya ingin tinggal sahaja di Penang ini kerana ingin menelaah pelajaran sebagai persediaan sebelum peperiksaan akhir semester ini. Namun, apakan daya Allah SWT telah mentakdirkan saya untuk pulang ke Johor.

Saya kuatkan semangat juga untuk pulang ke Johor, walaupun pada ketika itu, wang saku saya hanya berbaki beberapa ringgit sahaja demi keselamatan dan perlindungi diri saya. Mesti pembaca tertanya-tanya apakah yang mengganggu saya? Sebenarnya, hati yang tidak pernah redha dengan ketentuan Ilahi. Sifat redha pada dirinya, menyebabkan berlakunya dendam. Subhanallah.. Astaghfirullahalazim! saya nekad supaya Allah SWT lindungi saya.

Kembali untuk senyum dan inginkan kebahagiaan. Sepanjang perjalanan saya pulang ke Johor. Saya merenung jauh dan bermuhasabah pada diri ini. Adakah saya ini seorang yang lembut hati dan menganggap orang yang berdendam boleh dijadikan kawan? saya serahkan segalanya kepada Allah SWT. Saya berharap agar kepulangan saya ke Johor, membuatkan hati saya menjadi tenang, kerana apabila saya pulang nanti, saya akan berjumpa dengan keluarga, adik-beradik saya dan orang yang paling saya sayang dan saya hargai akan menanti saya pulang.

Apabila sampai di Johor, air mata mengalir namun saya tahan jua kerana saya sudah tidak mahu fikir lagi, saya harus kuat dan kuat. Andai Allah takdirkan saya sesuatu yang tidak saya inginkan, saya redha. Tetapi syukur Alhamdulilah, pelangi menjelma kembali. Di sini, bezanya antara hati yang penuh dendam dengan hati yang penuh dengan keikhlasan. Terima kasih ya Allah SWT! Terima kasih juga kepadamu sang perindu, kerana ikhlas memaafkan diri ini yang tidak pernah tegas terhadap hati yang berdendam untuk menganiayai diri ini.

Syukur, saya akan kenang jasanya sampai saya menutup mata. Pengorbanannya terlalu banyak untuk saya balas. Saya kembali senyum. Sinar 2014 ini, saya berharap agar saya menjumpai hati yang ikhlas dan redha untuk menerima dan menghargai saya sebaik mungkin. Syukur sehingga menitis air mata.

Alhamdulilah.

Sekian.

Sahlizaumairahrayyana

Waalaikummusalam.



No comments:

Post a Comment