Berdasarkan
artikel Abdul Rahman Enbong,
bertajuk “ Pembangunan Negara dan Pembangunan Modal Insan”. Bincangkan mengapa
wujudnya ‘Kesedaran Baru” terhadap pentingnya pembangunan insan dan pembangunan
modal insan.
Kajian terhadap 'Kesedaran Baru' dalam Pembangunan Negara dan Pembangunan Modal Insan
Oleh : Siti Norsahliza Wagiah
Definisi
pembangunan negara merujuk kepada sesebuah negara yang menuju ke taraf kemajuan
terutama dalam abad ke-21. Pembangunan negara dapat dilihat melalui kuasa ekonomi
yang dimiliki terutama keluaran dalam negeri kasar (KDNK) bagi sesebuah negara
itu yang mempunyai peningkatan pertumbuhan yang baik Selain itu, pembangunan sesebuah negara juga
dapat dilihat apabila wujudnya pelbagai kemudahan dan infrastuktur yang
terdapat dalam sesebuah negara untuk menjadikan negara itu membangun.
Pembangunan
insan pula merujuk nilai-nilai kerohanian yang perlu ada bagi merealisasikan
pembangunan negara terjamin. Oleh itu, pembangunan negara haruslah seiring
dengan modal insan kerana jika pembangunan insan yang lemah menyebabkan tiada
keseimbangan dalam pembangunan sesebuah negara tersebut. Modal insan membawa
demokrasi yang beretika, ketelusan, mentadbir urus dengan baik,
bertanggungjawab dan berintegriti.
Kesedaran
baru perlu ada dalam pembangunan insan dan pembangunan modal insan. Pembangunan
insan dapat dilihat pemerkasaan insan sebagai individu dan sebagai anggota
untuk membentuk kelompok atau sesebuah komuniti (masyarakat) tersebut.
Pembangunan modal insan pula usaha untuk memperkasakan insan. Usaha
memperkasakan insan ini merujuk kepada modal yang merupakan material yang
sangat penting dan apabila ditambah dengan insan yang merupakan bukan material
yang merupakan aspek kerohanian yang dimiliki dapat mewujudkan pembangunan
modal insan yang berjaya.
Persoalannya,
pembangunan insan dan pembangunan modal insan adakah mampu direalisasikan
dengan terdapatanya kesedaran baru. Hal ini disebabkan, negara Malaysia pernah
mengalami krisis kewangan Asia yang hampir sedekad lalu telah menyedarkan kita yang tidak
terfikir bahawa krisis ekonomi akan berlaku. Oleh itu, telah berlakunya satu
kesedaran baru tentang bahaya besar sekiranya kita hanya tertumpu pada
pembangunan material dan mengabaikan pembangunan insan. Justeru kepentingan
kesedaran baru kepada pembangunan ekonomi dipertingkat malah menambah nilai-nilai
modal insane turut dipertingkat agar daya saing dan daya tahan ekonomi negara
tidak tergugat dan mampu menangani cabaran globalisasi.
Dalam
pembangunan insan dan pembangunan modal insan ini, kesedaran terhadap usaha
untuk pembinaan keupayaan perlu ada seiring dengan insan yang mempunyai minda
kelas pertama bagi melahirkan intipati modal insane yang berkualiti. Menurut Mahbub ul Haq
terdapat empat komponen pembangunan manusia iaitu kesaksamaan, produktiviti,
pemerkasaan dan kelestarian. Namun, itu tidak lengkap jika tiada komponen yang
dibincangkan oleh Abdul Rahman Enbong iaitu komponen estetika atau keindahan
yang perlu dicapai dalam pembangunan berkenaan. Oleh itu, kelima-lima komponen
itu merupakan agenda penting yang membawa pembangunan manusia untuk menikmati
kuasliti kehidupan dan kesejahteraan yang lebih baik.
Kesedaran
baru juga dapat dilihat apabila ketika dahulu, Malaysia lebih tertumpu kepada
pertumbuhan ekonomi dalam KDNK sebagai matlamat bukannya sebagai mekanisma bagi
mencapai pembangunan yang berjaya dalam pembangunan dan kesejahteraan. Oleh
itu, menurut Abdul Rahman Embong, perubahan paradigm yang besar dalam pemikiran teori dan
pelaksanaan pembangunan di dunia. Justeru, modal material seperti tanah, wang,
kilang dan prasarana lain semata-mata tidak mencukupi kerana tanpa kesedaran
baru terhadap pembangunan modal insan, pasti tidak akan mampu menambah nilai
yang berperanan lebih kreatif dan dinamik manusia untuk menggerakkan dan
mengolahnya.
Selain
itu, kesedaran baru dalam perubahan P-ekonomi (ekonomi pengeluaran) kepada
K-ekonomi (ekonomi yang berasaskan pengetahuan). Oleh itu, jelaslah bahawa
kesedaran baru terhadap pembangunan modal insan amat penting dalam
memperkasakan insan yang berpengetahuan luas dan berpendidikan terutama pada
zaman moden ini. Tetapi, jika mementingkan insan yang berpengetahuan dan
berpendidikan semata-mata turut tidak memadai juga kerana konsep modal insan
dengan konsep pembangunan perlu seimbang kedua-duanya. Walau bagaimanapun,
pengetahuan yang dimiliki perlu ditingkatkan lagi. Hal ini disebabkan ilmu
pengetahuan terus berkembang, maklumat terus bertambah, dan aplikasi juga kerap
berubah. Oleh itu, kesedaran baru untuk memupuk diri menjadi insan yang berpengetahuan
dan memiliki kemahiran juga perlu luas seperti dari segi kemahiran komunikasi
dan berbahasa, kemahiran bersosial, keupayaan dalam kepimpinan dan berfikiran
secara kritis dan kreatif.
Contoh
yang dapat dilihat jika pembangunan negara yang hanya mementingkan pembangunan
material tidak akan bertahan lama. Sebagai contoh, pembangunan konvensional di JAKARTA
yang tidak bertahan lama kerana terdapat pelbagai masalah sosial dalam kalangan
masyarakatnya yang menjadi gangguan untuk pembangunan negaranya seperti protes dari masyarakat setempat, terhadap sesuatu
sistem pentadbiran dan pemerintahan yang tidak memenuhi kehendak masyarakat
setempat tersebut serta berbagai hal yang lain. Masalah nilai-nilai murni telah
menyebabkan pembangunan negara akan terbantut dan memberi cabaran kepada negara
tersebut untuk membangun semula kemajuan negaranya.
Kesimpulannya,
kesedaran baru terhadap pembangunan insan dan pembangunan modal insan amatlah penting bagi melahirkan modal insan
yang berpengetahuan dan bukan sahaja memiliki pendidikan, malah mempunyai
pembinaan set nilai serta sikap yang murni untuk merealisasikan pembangunan
modal insan yang unggul.
Hasil Penulisan Asli : Siti Norsahliza Wagiah
No comments:
Post a Comment