Pendahuluan
Penulisan esei ini bertujuan untuk mengkaji ciri-ciri sistem Kapitalisme
secara terperinci dan ciri-ciri sistem Sosialisme. Melalui penulisan esei ini, dapat mengetahui
bahawa sistem ekonomi Kapitalisme dan sistem ekonomi Sosialisme mempunyai
ciri-ciri yang berbeza. Kebanyakkannya negara telah mengamalkan sistem ekonomi
Kapitalisme untuk meningkatkan lagi tahap ekonomi dan meningkatkan keuntungan
dari segi kemajuan ekonomi bagi sesebuah negara. Oleh itu, melalui penerangan
esei ini, kita dapat menerangkan bagaimana sistem Kapitalisme dapat diguna
pakai dan dapat mendominasi ekonomi dalam sistem ekonomi dunia melalui
kepentingan-kepentingannya yang berhasil untuk mencapai kejayaan ekonomi
sesebuah negara tersebut melalui sistem ekonomi Kapitalisme.
Kapitalisme didefinisikan sebagai sistem pasaran ekonomi bebas yang
telah diperkenalkan di negara Eropah daripada abad ke-16 hingga abad ke-19.
Konsep Kapitalisme lebih tertumpu kepada modal yang dimiliki seperti modal
pengeluaran iaitu wang, harta, bangunan, dan mesin untuk mengoperasikan kilang
dan ladang. Contoh negara yang mengamalkan Kapitalisme seperti negara Amerika
Syarikat, United Kingdom, Australia, Perancis, Kanada dan Jerman.
Sosialisme pula didefinisikan sebagai sistem yang mementingkan
ekonomi secara kerjasama dan khidmat sosial iaitu hak milik bersama antara
individu dan juga negara (kerajaan). Sebagai contoh, pemberian gaji kepada
buruh adalah sama dan dibahagi kepada pendapatan negara secara sama nilainya.
Sosialisme berlaku secara evolusi[1]
iaitu perubahan mengikut perkembangan sejarah tanpa perubahan yang mendadak
kerana sosialisme berlaku apabila wujud konflik dan revolusi daripada
masyarakat yang tidak berpuas hati dengan sistem ekonomi yang telah wujud
menyebabkan mereka berasa ditindas. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi
secara sosialisme ialah negara Rusia[2] yang
percaya kebajikan masyarakat dapat dicapai jika melalui memiliknegarakan harta.
Jadual 1 : Ciri – ciri
perbezaan sistem Kapitalisme dan sistem Sosialisme
Kategori
|
Kapitalisme
|
Sosialisme
|
Hak milik
|
Hak milik
individu dan persendirian
|
Hak milik
bersama kerana mementingkan kebajikan bersama
|
Kaedah
pasaran
|
Pasaran bebas
untuk mengeluarkan produk dalam pasaran
|
Ditentukan
oleh kerajaan kerana terikat dengan undang-undang dan dasar Sosialisme
|
Sistem
pemberian gaji
|
Pemberian
gaji mengikut kualiti dan buruh menerima gaji lebih sebagai bonus
|
Pengagihan
gaji secara saksama walaupun buruh bekerja lebih
|
Sosio-ekonomi
masyarakat
|
Tahap
kehidupan yang tinggi
|
Kualiti
barangan yang rendah dalam pasaran
|
Pencapaian
buruh untuk bekerja
|
Ada motivasi
dan matlamat untuk meningkatkan kemahiran
|
Tiada
motivasi daripada buruh untuk lebih mahir lagi
|
Kaedah urusan
dalam sistem ekonomi
|
Perlu
berusaha sendiri untuk memiliki kekayaan terutama golongan yang kaya semakin
kaya, golongan yang miskin semakin miskin
|
Menggunakan
kaedah orang tengah dalam berurusan sistem Sosialisme
|
Jadual 1
Ciri-ciri perbezaan sistem Kapitalisme dan Sosialisme
Hak milik
Sistem Kapitalisme
menekankan konsep ekonomi hak milik persendirian iaitu setiap individu yang
memilki harta adalah milik secara individu misalnya, pemilikan tanah secara
individu dan tiada pihak lain yang akan mendapat sebahagian keuntungan yang
dimiliki. Ciri hak milik individu ini dapat meningkatkan keuntungan dengan
mengaut hasil kekayaan iaitu dengan hasil usaha individu itu sendiri tanpa
melibatkan bantuan dan tidak perlu memberi sebahagian hasil yang dimilikinya
kepada pihak yang lain. Contoh hak milik persendirian dalam sistem ekonomi Kapitalisme
ini seperti tanah yang dimiliki individu yang mampu mengusahakan tanah tersebut
unuk meningkatkan lagi kekayaannya dengan menggunakan tanah sebagai modal untuk
membina industri misalnya kilang untuk aktiviti perindustrian sebagai melibatkan
diri dalam ekonomi dikenali sebagai sistem ekonomi Kapitalisme. Ciri hak milik
mengikut sistem ekonomi Sosialisme adalah berbeza kerana sistem ekonomi
Sosialisme mempunyai ciri hak milik bersama kerana kekayaan sumber yang sedia
ada adalah hak milik bersama dan negara. Sehubungan dengan ciri hak milik bersama
dalam sistem ekonomi sosialisme ini, menunjukkan bahawa terdapatnya kesaksamaan
pekerjaan dan keuntungan. Hal ini bermaksud, masyarakat tidak memiliki
kelebihan untuk memiliki pekerjaan yang lebih baik kerana keuntungan yang
dimiliki tidak dapat dirasai kerana semua faedah keuntungan dibahagikan sama
rata. Contohnya, peluang pekerjaan dalam perindustrian banyak ditawarkan dalam
perkhidmatan agar masyarakat tidak memiliki apa-apa kekayaan dan tidak dapat
mengaut keuntungan secara individu dan berkumpulan kerana sistem ekonomi Sosialisme
menjanjikan ciri-ciri hak milik bersama tetapi mempunyai keamanan, kebebasan
dan kekayaan milik bersama. Hal ini telah menyebabkan pemilikan secara
perseorangan terkawal. Karl Marx dan Fredrich Engels melalui penulisannya telah
berjaya mengubah pandangan terhadap manusia dan masyarakat kerana penekanan
sistem ekonomi Sosialisme yang melibatkan soal keadilan pengagihan nilai-nilai
material dalam Sosialisme misalnya dalam ekonomi, aktiviti reformasi[3]
sistem ekonomi untuk menghapuskan penderitaan dan kehidupan serba kekurangan
dalam kalangan ahli-ahli masyarakat yang lebih seimbang dapat dicapai melalui
perkongsian bersama.
Kaedah pasaran
Kapitalisme menggunakan kaedah pasaran yang bebas iaitu kebebasan
kepada pihak pengeluar dan pembeli dalam pasaran diberi hak dan kuasa dalam
sistem ekonomi Kapitalisme. Sehubungan dengan itu, kaedah pasaran yang bebas
ini, telah memberi hak kepada sistem harga yang ditentukan oleh permintaan dan
penawaran. Melalui konsep penawaran dan permintaan ini akan memberi peluang
kepada pengeluar untuk mencari jalan mendapatkan keuntungan dengan
mengenalpasti jenis produk yang ditawarkan kepada pembeli samada memenuhi
kehendak dan keperluan pembeli. Oleh itu, dalam sistem ekonomi Kapitalisme,
pengeluar bebas mengeluarkan produk dalam pasaran kerana semakin tinggi
pengeluar menawarkan produk semakin tinggi persaingan pengeluar untuk
mengeluarkan pengeluaran yang lebih bermutu dan berkualiti kepada pengguna.
Sistem ekonomi Kapitalisme ini telah memberi kesan positif kepada pembeli untuk
membuat pemilihan dari segi mutu, harga dan minat terhadap produk yang
ditawarkan dalam pasaran yang diperlukan kepada pengguna. Contoh, sistem
ekonomi Kapitalisme akan mengembangkan lagi pengeluaran dan mempergiatkan lagi perusahaan
agar lebih besar supaya mampu bersaing dalam persaingan pasaran. Kaedah pasaran
yang masuk ke dalam sektor kekuasaan sendiri iaitu apabila Kapitalis menjadi
penguasa sekaligus akan menjadi penguasa kerana dalam sistem ekonomi Kapitalisme
pasarannya yang bebas telah membuka pasaran di negara-negara miskin dan
berkembang kerana penduduknya yang ramai. Caranya adalah dengan menciptakan
organisasi perdagangan dunia (WTO) yang hendaklah tunduk pada ketentuan
perjanjian perdagangan bebas dunia (GATT)[4], sehingga
semua negara anggotanya akan membuka pasarannya tanpa halangan tarif masuk,
mahupun ketentuan kuota importnya yang bebas tanpa halangan. Manakala dalam sistem ekonomi Sosialisme telah
menolak ciri kaedah pasaran bebas yang diterangkan dalam Kapitalisme kerana
sistem ekonomi Sosialisme mempunyai kaedah pasaran yang ditentukan oleh
kerajaan dan tiada pasaran bebas seperti kapitalisme. Hal ini disebabkan sistem
ekonomi Sosialisme lebih bersifat demokrasi terutama mementingkan hak golongan
proletariat yang seharusnya turut mempunyai hak untuk memiliki kekayaan. Oleh
itu, dalam sistem ekonomi Sosialisme mengawal kegiatan industri dan
menggantikan prinsip pasaran bebas dengan prinsip kebajikan sosial.
Sistem pemberian gaji
Ciri perbezaan yang amat ketara antara sistem ekonomi Kapitalisme
dengan sistem ekonomi Sosialisme adalah ciri sistem pemberian gaji. Sistem
pemberian gaji dalam Kapitalisme adalah mengikut kualiti yang dihasilkan oleh
buruh dan buruh mempunyai hak untuk mendapatkan gaji lebih sebagai bonus yang
dimiliki daripada pemberian majikan yang dikenali sebagai ganjaran kerana
bekerja dengan lebih baik berbanding pekerja-pekerja yang lain. Sehubungan
dengan itu, pendapatan individu akan ditetapkan dalam pasaran. Misalnya,
pendapatan individu akan dinaikkan jika taraf kehidupan yang semakin tinggi
telah menyebabkan setiap individu dapat menampung kehidupannya walaupun taraf
kehidupan yang semakin tinggi kerana konsep ‘siapa yang berusaha lebih, akan
memperoleh pulangan yang lebih’. Selain itu, dalam sistem ekonomi Kapitalisme
memberi hak kepada individu yang mempunyai kemahiran yang diperlukan daripada
majikan akan mendapat gaji yang lebih tinggi. Oleh itu, kadar pendapatan akan
ditetapkan oleh permintaan syarikat untuk pekerja, apabila pekerja kurang, gaji
akan naik, apabila kerja kurang gaji akan turun. Ini bermaksud, kekurangan
penawaran untuk pekerjaan yang menjadikan masyarakat berusaha untuk mendapatkan
pekerjaan yang lebih baik dan bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki untuk
mendapatkan gaji yang lebih tinggi. Contoh, terdapat tiga jenis kemahiran
daripada pekerja iaitu pekerja berkemahiran, pekerja kurang mahir dan pekerja
tidak mahir. Ketiga-tiga ciri ini akan dapat membezakan pengagihan gaji yang
diberikan oleh majikan sama ada dari golongan profesional atau bukan
profesional[5].
Ciri pengagihan sistem pemberian gaji dalam ekonomi sosialisme amat berbeza
dengan sistem Kapitalisme yang telah diterangkan tadi kerana Sosialisme
menekankan konsep pemberian gaji secara agihan yang sama rata kepada buruh dan
majikan. Hal ini disebabkan, sistem ekonomi Sosialisme lebih mementingkan
pengeluaran untuk keperluan bukan kualiti yang diberikan dalam pasaran. Di
dalam sistem ekonomi Sosialisme hanya memastikan kecekapan ekonomi untuk
masyarakat dan disamping itu juga dapat meningkatkan kecekapan ekonomi kepada
negara telah menekankan kesaksamaan pendapatan dengan pengagihan gaji secara
sama rata kerana hendak membina militari yang kukuh semat-semata supaya
kerajaan dapat mengawal segala setiap aspek masyarakat. Maksudnya di sini, gaji
yang dimiliki oleh individu perlu dibahagikan samara rata kepada pihak kerajaan
kerana dalam sistem ekonomi Sosialisme lebih mementingkan konsep kerjasama dan
khidmat sosial.
Sosio-ekonomi masyarakat
Kapitalisme mempunyai ciri-ciri tahap sosio-ekonomi kehidupan yang
tinggi kerana individu dapat meningkatkan kekayaan yang dimilikinya dan
menambahkan harta serta pendapatan. Sehubungan dengan itu, individu dapat
menikmati kemewahan yang diusahakan untuk mengaut keuntungan. Tambahan pula,
setiap individu berhak untuk membeli barangan mengikut kehendak dan kualiti
yang ditawarkan dalam pasaran kerana pelbagai produk yang ditawarkan oleh
pengeluar dalam pasaran. Contoh, pengeluar telah mengeluarkan keluaran yang
dikehendaki oleh pembeli mengikut kemampuan misalnya kereta kancil yang
dimiliki oleh pengguna yang berpendapatan sederhana berbanding dengan pengguna
yang mempunyai kemampuan untuk memiliki kereta mewah. Sehubungan dengan itu,
sistem ekonomi Kapitalisme akan sentiasa memberi sokongan sepenuhnya terhadap
kegiatan NGO (Non-Government Organization) agar proses bersama
masyarakat ini berhasil dan meningkatkan sosio-ekonomi kerana masyarakat akan
tetap memiliki daya beli dan meningkatkan kualiti hidup dengan mengusahakan
kekayaan dengan usaha sendiri[6]. Bagi
sosio-ekonomi dalam sistem ekonomi Sosialisme pula, hubungan antara kelas
sosio-ekonomi dalam masyarakat telah dipengaruhi oleh kepentingan bersama yang
berkisarkan pengeluaran. Hal ini bermakna, harta yang dimiliki oleh setiap
individu adalah kepunyaan hak milik bersama kerana sosio-ekonomi dalam sistem
ekonomi Sosialisme telah mewujudkan suatu sistem organisasi sosial di mana
hartanah dan kaedah pengeluaran dipegang secara bersama. Amalan terhadap
nilai-nilai yang tinggi terhadap amalan kerjasama secara berkumpulan daripada
kebebasan individu seperti yang diamalkan dalam sistem ekonomi Kapitalisme. Hal
ini bermaksud, Sosialisme menekankan konteks kebajikan umum yang menguasai
beberapa kumpulan kecil inidividu yang sememangnya tidak mewakili kepentingan
seluruh ahli masyarakat itu. Tetapi, dalam keadaan tertentu jika ada
pertentangan antara kepentingan kebajikan umum mesti diumumkan. Oleh itu,
Sosialisme telah melahirkan ajaran-ajaran mengenai kerjasama yang harmoni
terutama masyarakat tanpa kelas untuk menentang ketidakadilan, menentang
penindasan[7] dan
menghapuskan kemiskinan. Akan tetapi, Sosialisme telah menyebabkan kualiti barangan
dan mutu perkhidmatan menjadi rendah kerana tidak mementingkan kualiti terutama
daripada sudut material.
Pencapaian buruh untuk bekerja
Sistem ekonomi
Kapitalisme yang menyatakan bahawa kekayaan adalah milik secara bebas dan jika
individu yang berusaha pasti akan dapat mengaut keuntungan terutama harta yang
sememangnya sedia ada dimilikinya. Dalam pencapaian buruh untuk bekerja ini,
dapat memberi motivasi kepada setiap individu untuk terus bekerja dan menikmati
kelebihan yang ditawarkan dalam pasaran pekerjaan. Pencapaian buruh untuk
bekerja dapat dicapai melalui motivasi yang dimiliki untuk meningkatkan mutu
dan berusaha meningkatkan ekonomi dalam sistem ekonomi Kapitalisme apabila
berlakunya implikasi negatif sistem ‘Lassez Faire’ iaitu berlakunya inflasi
disebabkan permintaan yang tinggi tetapi pengeluaran tidak mencukupi. Oleh itu,
sistem ekonomi Kapitalisme diperkenalkan untuk meluaskan lagi pasaran
Kapitalisme untuk memperkukuh lagi pasarannya terutama dalam persaingan agar
pengeluaran dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Oleh itu, dalam
sistem ekonomi Kapitalisme memberi jaminan dan pulangan yang menguntungkan
kepada buruh untuk bekerja agar memberi perkhidmatan dan produk yang
berkualiti. Sehubungan dengan itu, setiap individu terutama buruh yang
mengamalkan sistem ekonomi Kapitalisme akan berusaha mendapatkan ganjaran yang disediakan
oleh majikan. Sebagai contoh, kenaikan pangkat dan kadar gaji ditingkatkan.
Pencapaian buruh dalam sistem ekonomi Sosialisme pula adalah buruh tidak
bermotivasi dan tidak dapat menghasilkan pengeluaran yang berkualiti kerana
tiada ganjaran. Kawalan sepenuhnya terhadap dasar awam telah menyebabkan
pekerja tidak bebas memiliki imbuhan gaji lebih walaupun berusaha lebih dan
memiliki kemahiran tertentu. Ekonomi dikawal dan dipantau semua rangkaian
jabatan kerajaan. Hal ini telah dibincangkan oleh fahaman John Maynard Keynes
bahawa kerajaan seharusnya tidak membiarkan sistem ekonomi ‘bebas’ mesti ada
kawalan-kawalan fiskal[1].
Perbincangan ini telah disokong oleh Karl Marx iaitu pakar falsafah sosial dari
Jerman, bahawa Kapitalisme sebenarnya akan memusnahkan sistem ekonomi tersebut
kerana pada ketika itu, berlakunya kemusnahan revolusi oleh pekerja. Oleh itu,
sistem ekonomi Sosialisme telah memastikan bahawa kecekapan ekonomi penjaminan
pekerjaan dan kesaksamaan pendapatan. Sehubungan dengan itu, konsep ‘nationalisation’
diperkenalkan iaitu kilang dan ladang dimiliki dan dikawal oleh kerajaan. Hal
ini disebabkan sistem sosialisme berfokus kepada pembangunan industri telah
menyebabkan pengagihan gaji secara saksama. Kesannya, buruh dalam sistem
ekonomi Sosialisme tidak mendapat motivasi yang secukupnya telah menyebabkan
buruh yang tidak cekap dan pembaziran sumber kerana harga tidak mencerminkan
kos iaitu hanya mementingkan pengeluaran sahaja tidak mementingkan kehendak
pengguna dari segi kualiti dan keperluan telah menyebabkan ekonomi dalam
pasaran tidak mampu memenuhi permintaan pembeli dengan cepat. Oleh itu, dalam
sistem ekonomi Sosialisme memberi kesan ekonomi yang tidak begitu adil walaupun
mementingkan kebajikan bersama kerana masih terdapat pihak tertentu seperti
ketua dan ahli parti birokrasi[2]
menikmati kemewahan yang orang awam tidak boleh nikmati. Contoh, kereta, rumah,
kedai yang mempunyai banyak barang dan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik
kerana orang awam masih mempunyai gaji yang sama dan masih rendah kerana gaji
yang saksama secara berteusan.
Kaedah urusan dalam sistem
Kaedah urusan
dalam sistem ekonomi Kapitalisme telah diterangkan oleh Adam Smith pada tahun
1776 iaitu ‘Wealth of Nations’ yang mempunyai hujahan mengenai piagam
kebebasan yang diberikan kepada individu atau masyarakat untuk mendapatkan
kemajuan melalui usaha sendiri. Segala urusan dalam sistem Kapitalisme untuk
mengaut kekayaan adalah bergantung kepada diri sendiri atau masyarakat itu
sendiri. Di dalam hujahan mengenai piagam kebebasan untuk Kapitalisme dalam
masyarakat dan individu yang bebas dan maju iaitu komponen mengenai pembahagian
tugas (division of labour), kekayaan adalah sistem pengeluaran bukan
hanya wang semata-mata dan fungsi ekonomi bukan untuk negara semata-mata tetapi
juga untuk individu. Hal ini seiring dengan kaedah urusan dalam sistem
Kapitalisme bahawa aktiviti untuk mengeluarkan sesuatu pengeluran yang dapat
ditingkatkan beserta kualiti yang baik merupakan agenda utama dalam sistem
Kapitalisme disamping mengaut kekayaan dalam ekonomi. Dalam kaedah urusan
Kapitalisme, menggunakan Kapitalis sebagai individu perseorangan atau kumpulan
yang menyediakan wang untuk menjalankan aktiviti pengeluaran barangan dan
perkhidmatan. Kaedah urusan dalam sistem Kapitalisme ini sememangnya diuruskan
oleh perseorangan individu atau masyarakat tersebut yang mempunyai kuasa namun
campur tangan kerajaan turut ada tetapi kaedah ini dapat memberi kesan kepada
kerajaan untuk memastikan hak milik persendirian harta terjamin, kerana sistem
ekonomi Kapitalisme memberi kuasa kepada individu untuk membuat keputusan dan
kuasa daripada kerajaan tiada hak terhadap harta persendirian tersebut seperti
pemilikan tanah. Selain itu, contoh kaedah urusan dalam sistem ekonomi
Kapitalisme, individu sebagai pelabur yang membuat keputusan seberapa banyak
daripada simpanan yang hendak dilaburkan dan melabur dimana tanpa pengawasan
dan pemantauan daripada pihak kerajaan untuk mendapatkan sebahagian kekayaan
yang diperolehi. Individu juga berhak membuat keputusan apakah yang hendak dikeluarkan
dan di mana lokasi kilang yang hendak ditubuhkan asalkan mempunyai hak
pemilikan terhadap harta tersebut dan bebas membeli peralatan dan mengambil pekerja
tanpa meminta persetujuan orang tengah seperti dalam sistem ekoonomi
Sosialisme. Kaedah urusan dalam sistem ekonomi Kapitalisme ini telah menjadikan
individu dan masyarakat tertentu dapat berperanan untuk menentukan kepantasan
pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan pengeluaran dan pelaburan yang
meningkat akan menjadikan ekonomi turut berkembang. Urusan ekonomi Kapitalisme
dilakukan di tempat dan keadaan di mana jual beli berlangsung seperti tempat
Kapitalis yang usahakan perniagaannya dan keluarannya digunakan oleh pengguna.
Hal ini akan berlakunya daya saing antara pesaing-pesaing lain untuk berurusan
dalam ekonomi mereka. Sistem ekonomi Sosialisme pula, telah menumpukan terhadap
pengawalan idea, nilai dan kepercayaan bukan kuasa untuk kepentingan diri
sendiri seperti yang diterangkan tadi dalam kaedah urusan sistem Kapitalisme.
Oleh itu, kaedah urusan dalam Sosialisme, menekankan sistem organisasi sosial
di mana hartanah dan kaedah pengeluaran dipegang secara bersama. Hal ini
disebabkan Sosialisme mementingkan urusan dalam kerjasama dan khidmat sosial
kerana percaya bahawa kejayaan sesebuah ekonomi akan berubah secara evolusi
bukan secara revolusi iaitu secara paksaan. Kaedah sistem urusan dalam
Sosialisme menyatakan bahawa kerajaan perlu mengawal segala aspek kehidupan
masyarakat yang dikenali sebagai ‘Party States’ di mana parti pemerintah
mendominasi sebagai badan kerajaan. Sehubungan dengan itu, ekonomi yang
dirancang secara berpusat dipanggil ekonomi yang diarah (Command Economics),
di mana kerajaan memiliki semua sistem pengeluaran dan merancang semua aktiviti
ekonomi. Dalam Sosialisme, kaedah untuk menilai tinggi terhadap kerjasama
secara berkumpulan adalah yang paling utama daripada kebebasan individu kerana dapat memberi
kesan kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepentingan daripada pelbagai segi wujud
dan struktur masyarakat menjadi lebih kompleks.
Contoh bagaimana sistem Kapitalisme mendominasikan sistem ekonomi
dunia
Kapitalisme telah lama bertapak di negara-negara membangun sejak abad-20
disebabkan keadaan negara membangun yang begitu kuat bergantung kepada
pelaburan modal asing untuk menggerakkan perubahan dan pembangunan ekonomi.
Kapitalisme juga mempengaruhi trend dan aliran perkembangan dan perubahan
ekonomi, perkembangunan institusi kewangan, keanjalan dan ketidakstabian
pertukaran nilai mata wang yang dihadapi oleh negara-negara membangun.
Sehubungan dengan itu, rantau kemakmuran baru yang terbentuk seperti rantau
Asia Pasifik yang melibatkan negara-negara Jepun, Korea, Hong Kong dan beberapa
Negara Perindustrian Baru (NIE) berkembang begitu pesat disebabkan pengaruh
Kapitalisme yang bergerak berasaskan modal, buruh, teknologi dan penguasaan
ekonomi baru[3].
Sistem ekonomi Kapitalisme telah memperkenalkan dan mempengaruhi peranan
institusi seperti sistem kewangan, perbankan, kredit, pemasaran dan pembiayaan
program-program pembangunan perindustrian di negara-negara membangun sebagai
contoh IMF (International Monetary Fund) adalah sebuah organisasi pinjaman dan
kredit yang didukung oleh golongan Kapitalis, khususnya kuasa-kuasa
perindustrian barat.
Perkembangan yang
berlaku dalam tempoh suku dekad yang lampau telah menyebabkan sistem ekonomi
Kapitalisme dapat mendominasikan sistem ekonomi dunia dan begitu berpengaruh
mencorakkan transformasi ekonomi dan sosial yang berlaku di negara-negara
membangun, khususnya di Malaysia. Kemasukan modal dan pelaburan yang
melimpah-ruah menandakan suatu masa perkembangan ekonomi Kapitalisme yang
berlaku dan mulai menguasai dasar-dasar pembangunan negara. Sistem ekonomi
Kapitalisme dianggap sebagai sistem yang membantu kerajaan dalam meningkatkan
komitmen dan menyelesaikan agenda pembangunan yang kritikan yang dihadapi
sebelum ini. Kapitalisme juga telah merombak sistem dan struktur ekonomi
tradisional yang statis[4]
dan konservatif[5]
kepada sistem ekonomi yang menjadi lebih terbuka.
Sistem Kapitalisme dapat mendominasikan sistem ekonomi dunia kerana
terdapat ciri-cirinya yang dapat diterima dalam sistem ekonomi dunia. Sebagai
contoh, ciri-ciri sistem Kapitalisme yang merupakan ekonomi pasaran bebas yang
mementingkan faedah bandingan dan keuntungan telah menyebabkan pasaran menjadi
bebas dengan tidak menggalakkan campur tangan daripada pihak pemerintahan
khususnya kerajaan. Selain itu, sistem kapitalisme yang menekankan konsep
kedaulatan pengguna terhadap pasaran yang ditawarkan oleh pengeluar seperti
golongan Kapitalis yang berusaha menyediakan keperluan dan kehendak kepada
pengguna untuk menikmati pengeluaran yang ditawarkan dengan kualiti dan kuantiti
yang sesuai dalam pasaran. Sehubungan dengan itu, sistem Kapitalisme ini akan
dapat mendominasikan sistem ekonomi dunia kerana berlakunya perusahaan bebas
yang menyebabkan persaingan sempurna iaitu terdapat ramai penguna dan pengeluar
yang menyebabkan mereka tiada kuasa untuk mempengaruhi pasaran serta memberi
kesan terhadap pasaran yang dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran. Contoh
sabun, syampu dan ubat gigi yang merupakan barangan homogen iaitu produk yang
pelbagai terdiri daripada bahagian-bahagian yang sama atau sejenis.
Selain itu, sistem
Kapitalisme mementingkan kaedah penyimpanan dan menyatakan bahawa setiap
individu atau masyarakat mempunyai hak untuk menyimpan harta sebagai hak milik
persendirian dan menambah timbunkan kekayaan. Sistem ekonomi Kapitalisme ini
telah disokong dalam teori tradisional neoklasik yang menyatakan bahawa sistem
Kapitalisme menambahkan kekayaan unutk mengumpul harta dan membuat simpanan.
Menurut Harrod Domar dan Sollow betapa pentingnya penyimpanan dan pelaburan.
Hal ini disebabkan akumulasi kapital dalam sistem ekonomi Kapitalisme yang
dapat meninkatkan penyimpanan. Harrod Dommar percaya bahawa jika pelaburan yang
tinggi dapat meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan KDNK turut meningkat
apabila simpanan meningkat. Hal ini berlaku kerana pelaburan diperoleh mealui
dasar ekonomi bebas yang dilakukan dalam sistem ekonomi Kapitalisme yang dapat
mendominasikan sistem ekonomi dunia terutama bagi negara-negara maju yang dapat
mendominasikan ekonominya di negara yang sedang maju untuk mendapatkan sumber
daya. Kapitalis percaya bahawa pertumbuhan ekonomi akan terjejas jika sumber
daya[6]
terbatas. Oleh itu, sistem ekonomi Kapitalis membuatkan dasar ekonomi terbuka
serta dapat mendominasikan sistem ekonomi di dunia. Sistem ekonomi Kapitalisme
ini telah memberi kesan kepada negara sedang membangun untuk mengamalkan dasar
pasaran terbuka dalam sistem ekonomi dunia kerana ingin menarik pelaburan
asing, menggalakkan pelaburan tempatan, menaikkan kadar penambahan timbunan
modal, menaikkan kadar simpanan dan menaikkan paendapatan per kapita bagi
meningkatkan tahap kemajuan ekonomi. Contoh, pelaburan asing melalui Perbadanan
Multi-Nasional ( TNCs) menggunakan sistem pembuatan global yang berlandaskan
penggunaan tenaga buruh yang intensif untuk menghasilkan produk eksport oleh
Perbadanan Multi-Nasional ( TNCs). Contoh pasaran terbuka lagi seperti
Penghubung Ekonomi Transnasional ‘Transnasional Economic Linkages’ (TNELs)
yang membuat pelaburan asing, hutang asing, bantuan asing, dan perdagangan
asing. Selain itu, globalisasi pengeluaran juga merupakan contoh dasar pasaran
terrbuka iaitu penyebaran atau meluaskan pemencaran ke negara sedang maju
tetapi pemusatan kawalan dan koordinasi dari negara maju.
Tambahan pula,
sistem ekonomi Kapitalisme dapat mendominasikan sistem ekonomi dunia kerana
pendekatan Kapitalisme yang berfokus kepada pilihan individu dan kumpulan
berdasarkan keutamaan dan kesukaan yang bermaksud individu atau masyarakat
diberi hak dan peluang untuk berusaha mencari kekayaan dengan modal yang
dimiliki kerana tiada pihak lain yang akan cuba mendapatkan keuntungan
sebahagian yang diusahakan. Konsep ini telah diterima dalam masyarakat kerana
individu yang bekerja seharusnya mendapat pulangan yang setimpal dengan usaha,
kemahiran dan kelebihan yang diberikan dalam perkhidmatan. Menurut Schumpeter
(1942), pendekatan Kapitalisme merupakan mekanisme penting dalam pertumbuhan
dan pembangunan kerana peneluar atau pengusaha merupakan pelaku utama untuk pertumbuhan
ekonomi sebagai contoh pengeluar membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Usahawan bukan sahaja seorang pengurus atau pengusaha untuk menjalankan
perniagaan sahaja tetapi juga bakal menerima risiko dan memperkenalkan
produk-produk dan teknologi baru dalam masyarakat[7].
Misalnya, produk yang sudah lama dan dianggap sudah ketinggalan zaman pasti
tidak akan diterima atau tidak digunakan lagi dalam zaman semasa ini. Oleh itu,
melalui pendekatan Kapitalisme ini bukan sahaja menambah timbunan modal malah,
menawarkan pengeluaran yang berkualiti serta seiring dengan keperluan dalam
pasaran kepada pengguna. Sistem Kapitalisme ini turut dapat menjadikan
pertumbuhan ekonomi berkembang pesat dalam lingkungan masyarakat yang
menghargai dan meransang golongan Kapitalis unutk menggali penemuan-penemuan
baru.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sistem ekonomi Kapitalisme dan sistem ekonomi
Sosialisme mempunyai ciri-ciri perbezaannya dan kedua-duanya mempunyai
pendekatan dan ideologi yang tersendiri untuk menegakkan pandangan bagi
kedua-dua sistem ekonomi iaitu Kapitlisme dan Sosialisme. Sistem ekonomi
Kapitalisme mempunyai ideologi hubungan dengan ekonomi yang liberal dan
penyataan bahawa ekonomi khususnya, kerajaan tidak harus campur tangan dalam
mekanisma pasaran bebas harus diberikan keutamaan kepada individu dan
msyarakat. Sistem ekonomi Sosialisme pula, memberikan pertimbangan antara
kepentingan individu untuk kebajikan bersama serta menentang segala bentuk
penindasan. Kemasukan Kapitalisme baru memberi ruang yang luas kearah
pendominasian ekonomi dan politik-politik besar ke atas negara-negara sedang
membangun. Menjelang abad ke-21, kolonialisme baru yang disokong oleh kebangkitan
Kapitalisme baru dan order baru dunia akan menjadi kemerdekaan negara-negara
membangun tetapi memberi impak ekonomi tergugat dan berhadapan dengan dilema
terhadap negara-negara sedang membangun.
Rujukan
Contoh negara mengamalkan sosialisme, URL : http://ms. Wikipedia.org/wiki/Negara%28politik%29 – (
diperolehi 2/5/2012 ).
Kapitalisme sebagai pasaran ekonomi bebas, URL : http ://Hizbul Tahir Indonesia >> Jurus-jurus
Kapitalisme Menguasai Dunia – ( diperolehi 2/5/2012 ).
Taher Ibrahim, (1967), Islam, Marx dan Keynes, Djarkata, Penerbitan
Bulan Bintang.
W. I. Lenin, (1958) diterjemahkan oleh Dachan, Imperialisme Tingkat
Tertinggi Kapitalisme, Djarkata, Penerbitan Bahasa Asing, Moskow.
[1] Fiskal – berkaitan dengan kewangan atau hasil
pendapatan kerajaan ( seperti cukai dan lain – lain )
[2]
Birokrasi – sistem pentadbiran atau pentadbiran yang dikendalikan atau
dijalankan oleh pegawai – kerajaan ( yang tidak dipilih oleh rakyat ) ; Cara
pemerintahan atau pentadbiran dengan pegawai – pegawai kerajaan yang mempunyai
kuasa yang besar ; cara petadbiran yang melibatkan berbagai – bagai peringkat
atau proses pengurusan dan banyak peraturan.
[3] W. I. Lenin, (1958) diterjemahan oleh Dachan,
Imperialisme Tingkat Tertinggi Kapitalisme, Djarkata, Penerbitan Bahasa Asing,
Moskow.
[4] Statis – berada dalam keadaan tidak aktif (
tidak bergerak – gerak, tidak berubah ), tidak berubah (tingkatan kemajuan dan
lain – lain.
[5] Konservatif – kuat ( cenderung ) hendak
mengekalkan ( memelihara ) sesuatu keadaan dan lain – lain yang telah menjadi
kelaziman atau tradisi, tidak mudah mendorong ataupun menerima perubahan.
[6] Sumber daya - kekayaan alam yang dapat
terus ada selama penggunaannya tidak boleh dieksploitasi secara berlebihan.
Walaupun jumlahnya sangat banyak di alam, penggunannya perlu dibatasi dan
dijaga untuk dapat terus digunakan.
[7] Taher Ibrrahim, (1967), Islam, Marx dan
Keynes, Djarkata, Penerbitan Bulan Bintang.
[1]
Revolusi - perkembangan (pembentukan atau pertumbuhan) secara beransur-ansur; sudah
dibuktikan oleh sejarah bahawa sesuatu masyarakat menerima perubahan evolusi
[2] Contoh negara mengamalkan sosialisme,
URL : http://ms.wikipedia.org/wiki/Negara_%28politik%29 (diperolehi 2/5/2012)
[3] Reformasi – perbaikan atau pembaharuan (
dalam bidang kebudayaan, sosial, keagamaan dan lain-lain ) ; maka lahirlah
reformasi gereja Protestan yang memisahkan diri dari gereja Katolik.
[4] Kapitalisme
sebagai pasaran ekonomi bebas, URL : http://Hizbut
Tahrir Indonesia » Jurus-jurus Kapitalisme Menguasai Dunia (
diperolehi 2/5/2012 )
[5]
Profesional – berkaitan dengan ( bergiat dalam ) bidang profesion ( seperti
undang – undang, perubatan dan lain – lain ; ahli professional.
[6] Kapitalisme
sebagai pasaran ekonomi bebas, URL : http://Hizbut
Tahrir Indonesia » Jurus-jurus Kapitalisme Menguasai Dunia (
diperolehi 2/5/2012 ).
[7] Penindasan – pebuatan menindas, tekanan ;
tembusan atau rakaman surat ( stensil dan lain – lain ), perbuatan menindas ;
dalam pemerintahan diktator kerap berlaku penindasan terhadap kebebasan dan hak
asasi manusia
Karya hasil penulisan : Siti Norsahliza Wagiah
Tahap : A
No comments:
Post a Comment