PERSPEKTIF GLOBAL
Hasil Penulisan : Siti Norsahliza Wagiah
a)
Huraikan secara
ringkas pelbagai definisi atau istilah pembangunan
Pembangunan dapat diistilahkan
sebagai sesuatu mekanisme yang dapat memberi pengukuran daripada ekonomi tradisional
seperti neoklasik, kapitalisme dan sosialisme yang merupakan sistem ekonomi
yang diguna untuk mengukur sesuatu tahap pembangunan bagi sesebuah negara.
Pengukuran ekonomi tradisional ini seiring dengan berlakunya pembangunan kerana
dapat dilihat melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pertumbuhan ekonomi,
kadar pengangguran dan kadar inflasi yang dapat diukur dalam perubahan sesebuah
negara itu membangun. Selain itu, pembangunan juga dapat didefinisikan sebagai
sesuatu pandangan baru ekonomi mengenai pembangunan. Penekanan ini telah
membawa kepada perubahan terhadap betapa pentingnya pendidikan, kesihatan,
sosial dan hak untuk kaum wanita dan golongan minoriti dalam sesebuah
masyarakat untuk membawa kepada pembangunan sesebuah negara tersebut. Oleh itu,
pembangunan juga merupakan satu proses yang berbentuk pelbagai dimensi yang
merangkumi aspek fizikal, sosio-ekonomi dan sosial.
b)
Apakah
kelebihan dan kelemahan setiap pendekatan
1.
Pendekatan Tradisional merupakan pendekatan yang membincangkan mengenai sistem ekonomi
yang diperkenalkan seperti sistem ekonomi neoklasik, kapitalisme dan
sosialisme. Pendekatan Tradisional kebiasaannya mengambil kira terhadap
pengukuran ekonomi seperti Pendapatan Per Kapita, Kadar Negara Kasar (KNK) dan
Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK). Pendekatan Tradisional mempunyai kelebihannya
iaitu dapat membuat perbandingan melalui sistem yang terdapat dalam ekonomi
tradisional seperti kaedah kuantitatif dan kualitatif yang dapat diukur. Selain
itu, terdapat banyak teori yang dapat digunakan dalam sistem ekonomi untuk
sesebuah negara seperti teori Kapitalisme yang masa ini dapat mendominasikan
sistem ekonomi dunia. Namun, pendekatan tradisional juga mempunyai kelemahan
kerana pendekatan ini dapat memberi kesan kepada sesebuah negara mengamalkan teori
kepergantungan yang tinggi kepada negara negara yang kaya dengan sumber daya
yang menyebabkan negara miskin sukar untuk membangun kerana sumber daya telah
dieksploitasi oleh kuasa ekonomi yang besar. Selain itu, sumber daya yang terhad,
tidak akan menjamin meningkatnya pembangunan ekonomi jika tertumpu kepada
Pendekatan Tradisional.
2.
Pendekatan Politik pula merupakan suatu mekanisma penting dalam pembangunan kerana
ekonomi dan politik berkait rapat dalam proses pembangunan dalam sesebuah
negara. Hal ini disebabkan, politik mempunyai kuasa untuk mengatur dan membuat
keputusan serta tindakan dalam agihan sistem ekonomi tersebut. Pendekatan
politik ini mempunyai kelebihannya iaitu mempunyai suatu sistem pusat daripada
pihak yang mengawal dan mempunyai peranan-peranan yang tertentu. Selain itu, Pendekatan
Politik dalam pembangunan, dapat memberi gambaran yang jelas terhadap
undang-undang yang wujud dan semua aktiviti ekonomi pembangunan tertahkluk
kepada peraturan. Namun begitu, terdapat kelemahan bagi Pendekatan Politik
dalam ekonomi pembangunan iaitu penyalahgunaan kuasa daripada pihak-pihak
tertentu dan tidak cekap menyebabkan proses pembangunan yang ingin dicapai
terbantut. Selain itu, pihak yang mempunyai kuasa tidak mengambil berat terhadap
golongan minoriti dan miskin akan menyebabkan jurang ketidaksamaan semakin
tinggi terutama dalam mencapai tahap pembangunan yang semakin mencabar ini.
3.
Pendekatan Baru yang mengambilkira aspek bukan ekonomi turut menjadi salah satu
pendekatan terhadap ekonomi pembangunan. Pendekatan Baru ini adalah berkaitan
dengan sosial yang turut menjadi aspek penting untuk membangunkan sesebuah
negara. Pendekatan Baru telah disarankan misalnya Amartya Sen bahawa
pertumbuhan ekonomi negara tidak bertumbuh sendiri. Akan tetapi, dengan
pertumbuhan ekonomi untuk pembangunan dengan lebih prihatin terhadap
meningkatkan kehidupan dengan cara kita memimpin dan kebebasan yang kita
nikmati. Kelebihan Pendekatan Baru ini, taraf kehidupan dapat ditingkatkan dan
memberi kebebasan kepada masyarakat dan mencapai taraf hidup ‘kebahagian’ iaitu
masyarakat dapat berupaya menyara diri dan tidak dibelenggu dengan kemiskinan.
Namun begitu, Pendekatan Baru ini mempunyai kelemahannya iaitu ekonomi
pembangunan yang semakin meningkat masyarakat perlu segera bersiap sedia untuk
menghadapi cabaran yang wujud dalam kehidupan untuk terus berdaya saing dengan
negara-negara maju.
c)
Pada pendapat
anda, justifikasikan pendekatan pembangunan yang dianggap paling sesuai dalam
era globalisasi.
Pada hakikatnya, semua pendekatan
pembangunan seperti pendekatan ekonomi tradisional, pendekatan ekonomi politik
dan pendekatan bukan ekonomi seperti yang disarankan oleh Amartya Sen adalah
sesuai dan releven untuk digunakan dlam era globalisasi masa kini. Hal ini
disebabkan, dasar campur tangan kerajaan atau negara secara proaktif melalui
strategi propertumbuhan dengan pengagihan, pengurangan kemiskinan dan
pengagihan semula yang berkesan dapat membantu mencapai ekonomi pembangunan.
Konsep, dimensi dan ukuran kemiskinan perlu difikirkan semula dalam konteks
globalisasi. Namun begitu, pendekatan pembangunan yang dianggap paling sesuai
dalam era globalisasi bagi saya adalah Pendekatan Baru yang menjadi justifikasi
kerana Amartya Sen telah menyatakan dua perkara tentang ketaksamaan, iaitu
bagaimana faedah yang dibawa oleh globalisasi bukan sahaja dapat dinikmati oleh
negara kaya tetapi juga oleh negara miskin dan kedua, bagaimana ketaksamaan
yang telah lama wujud dan mencirikan dunia sehingga kini dapat ditangani dengan
baik. Beliau juga mencadangkan pentingnya mewujudkan suasana yang mengupayakan
untuk meningkatkan keupayaan golongan miskin menyertai pertumbuhan ekonomi dan
mengatasi keadaan tidak bebas yang mereka hadapi. Di sinilah perlunya kita
memikirkan semula persoalan pembangunan kini daripada perspektif menangani
globalisasi. Keadaan yang tidak menentu terutama dalam era globalisasi ini,
akan menyebabkan bukan sahaja negara teracam tetapi pelbagai golongan dalam
masyarakat turut terancam. Oleh itu, strategi pembangunan yang menyeluruh dan
memberi hak kepada masyarakat khususnya kepada golongan yang terancam supaya
masyarakat tidak menjadi mundur kebelakang.
No comments:
Post a Comment