Berdasarkan artikel ‘ Development and Education’ (Chabbott et al.
2000)
Timbul persoalan :
1) Hubungkait di
antara pembangunan dan pendidikan
2) Kenapa kerajaan
perlu terus membelanjakan wang yang banyak untuk pelaburan dalam sektor
pendidikan.
Pembangunan Ekonomi
Meningkatkan Produktiviti
Manusia merupakan
aset penting bagi pelaburan dalam pembangunan. Manusia merupakan sumber
keperluan asas bagi sesebuah negara kerana manusia yang mempunyai pendidikan
dan pengetahuan yang luas, sudah pasti mempunyai kemahiran tertentu untuk mnyumbang
kepada negara. Sebagai contoh, peluang pekerjaan ditawarkan bagi memenuhi
kekosongan industri akan dapat mengeluarkan produktiti yang lebih banyak dan
berkualiti kerana mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki masyarakat
tersebut. Oleh itu, pendidikan yang berterusan dapat memberi pulangan yang baik
kepada pembangunan ekonomi.
Ekonomi Terhadap Negara Miskin
Peluang untuk
mendapatkan pendidikan yang secukupnya bagi negara-negara mundur dan kurang
membangun adalah terhad. Misalnya, negara termundur seperti Comoros, Djibouti,
Gambia dan Sudan Selatan. Hal ini demikian kerana, masyarakat negara-negara
mundur tidak mampu untuk membiayai kos pendidikan. Di samping itu, masyarakat
di negara-negara mundur tidak mementingkan pendidikan telah menyebabkan
peningkatan pembangunan ekonominya tidak pergi jauh dan ketinggalan.
Pembangunan Politik
Pentadbiran yang Lebih Baik dan Berkesan
Kesan persekolahan
pada pengetahuan mengenai politik dapat memberi pendedahan terhadap cara
mentadbir sesuatu pentadbiran negara berdasarkan pengetahuan yang luas melalui
pendidikan. Sebagai contoh, terdapat institusi pengajian tinggi menawarkan
kursus dalam bidang sains potitik bagi mendedahkan mahasiswa mengenai
dasar-dasar politik. Oleh itu, pengetahuan yang luas dan mempunyai
pendidikan dapat mewujudkan dasar-dasar
dan polisi negara yang lebih baik dan berkesan serta mempunyai nilai positif
untuk mencapai kemajuan negara tersebut.
Pembangunan Budaya
Masyarakat yang Lebih Kompleks
Institusi
berkembang dan struktur masyarakat menjadi lebih kompleks dengan adanya
pengetahuan dan pendidikan bagi sesebuah masyarakat. Perubahan ini berlaku
apabila ada wujudnya teknologi dan nilai-nilai budaya yang harmoni dalam
masyarakat tersebut. Hal ini jelas menyatakan pendidikan berhubung kait dengan
pembangunan budaya kerana pengaruh pendidikan yang ketidaksamaan telah
menyebabkan kemajuan sesebuah negara itu tidak bersifat terbuka. Ini bermakna,
menjadi sebuah masyarakat maju perlu lebih terbuka dengan cara pemikiran dan
akan mewujudkan budaya masyarakat yang harmoni.
Kerajaan Membelanjakan Wang yang Banyak untuk Pelaburan dalam
Sektor Pendidikan
Sumber Manusia Penting dalam Pembangunan
Kerajaan telah
mencari jalan alternatif bahawa membelanjakan wang dalam pendidikan bukanlah sesuatu
perkara yang merugikan. Hal ini disebabkan sumber manusia merupakan mekanisma yang
penting untuk merancang, mengurus, dan penggerak untuk mencapai kemajuan negara
untuk menjadikan negara itu membangun. Kekayaan sumber asli juga penting, namun
jika tiada pengolahan dan cara menguruskan dengan betul, akan menyebabkan
kekayaan sumber asli yang dimiliki adalah sia-sia. Oleh itu, kerajaan memberi
penekanan terhadap masyarakat agar mempunyai pendidikan malah sentiasa
memperluas ilmu pengetahuan secara berterusan. Hal ini disebabkan perubahan
dunia yang moden ini semakin berkembang dari segi aplikasi dan teknologi, cara
pemikiran dan maklumat sentiasa bertambah.
Ulasan : Siti Norsahliza Wagiah
No comments:
Post a Comment