PENGENALAN
‘Pendidikan merupakan asas dan hak
asasi manusia’. Kenyataan ini amat bernas dan wajar dipersetujui untuk
dibahaskan. Pendidikan merupakan eleman penting untuk mencapai kesejahteraan
dan kesempurnaan hidup manusia.dengan kepesatan era teknologi yang semakin
berkembang kini, menjadikan pendidikan sebagai keperluan asas manusia.
Pengisytiharan hak asasi manusia sejagat melalui akta 597 iaitu akta
suruhanjaya hak asasi manusia Malaysia 1999 ditubuhkan untuk membantu
melindungi dan memajukan hak asasi manusia manusia di Malaysia. Akta ini juga
bertujuan untuk memberi perhatian kepada pengisytiharan sejagat hak asasi
manusia 1948. Pengisytiharan ini jelas sekali menunjukkan bahawa Negara
memandang serius akan kepentingan menjaga hak asasi manusia secara menyeluruh. Pendidikan
sebagai asas dan asasi manusia dikukuhkan lagi dengan terbentuknya tema-tema
seperti Pendidikan Untuk Semua, Inclusive Education dan Mellenium Development
Goals. Selain itu terdapat pertubuhan tertentu yang ditubuhkan untuk menjamin
hak asasi manusia ini tidak tergugat. Oleh itu wujudnya UNESCO yang menekankan
bahawa penubuhan terhadap hak asasi manusia merupakan matlamat penting dalam
memastikan setiap manusia mendapat pendidikan yang sempurna. UNESCO merupakan
badan koordinasi untuk United Nations Literacy Decade (2003-2012), Education
for All (EFA) dan Decade for Education for Sustainable Development (2005-2014).
‘Pendidikan untuk semua’ (EFA), merupakan komitmen global yang dirangka untuk
memberikan pendidikan asas yang berkualiti untuk semua kanak-kanak, belia, dan
dewasa[1]. Sebagai
agensi yang terkemuka, UNESCO bertanggungjawab dalam memastikan bahawa setiap
individu mendapat pendidikan yang sempurna melalui kerjasama dengan agensi lain
seperti UNICEF, pertubuhan kerajaan, dan sebagainya. Selain itu, taraf
pembangunan dalam pendidikan ini juga menekankan pendidikan untuk golongan
kurang upaya. Oleh itu dengan wujudnya tema pembangunan ‘Inclusive Education’
atau disebut sebagai pendidikan menyeluruh tanpa sebarang diskriminasi terhadap
golongan kurang upaya (OKU), kanak-kanak, mahupun wanita. Perkara ini juga
terbukti dalam perlembagaan persekutuan perkara 12 menyatakan bahawa tidak
terdapat perbezaan terhadap sesiapa sahaja dari segi agama, kaum, jantina dan
sebagainya. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa dalam penentuan hak asasi
manusia, tidak ada sesuatu yang menghalang selagi tidak melanggari
undang-undang. Selain itu, bagi menyokong tahap pendidikan di Malaysia, akses
terhadap pendidikan ini perlulah diambil berat oleh pihak bertanggungjawab[2].
Oleh itu, United Nation telah menetapkan kemudahan akses pendidikan melalui
perlembagaan Mellennium Development Goals dengan menyatakan bahawa tidak kira
samaada pelajar itu lelaki atau perempuan, mereka sememangnya layak untuk
mendapat akses kepada pendidikan dengan sempurna[3].
Oleh
itu, dengan penekanan bahawa pendidikan merupakan asas dan hak asasi manusia
menjadi pegangan utama setiap individu yang mengharapkan mereka mendapat
keistimewaan ini dengan seadilnya. Maka, dengan wujudnya tema-tema pembangunan
seperti pendidikan untuk semua (EFA), Inclusive Education, dan Milennium
Development Goals hak asasi manusia ini akan terpelihara untuk selamanya dan
perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dan terpeinci.
EDUCATION FOR ALL
Semua
kanak-kanak tidak kira keupayaan atau ketidakupayaan mereka, jantina mereka, sosial,
ekonomi, kebudayaan, latar belakang etnik dan agama mereka, atau HIV dan taraf kesihatan
mereka mempunyai hak yang sama rata untuk kualiti pendidikan, penjagaan dan perlindungan.
Untuk mencapai matlamat ini adalah penting untuk sekolah-sekolah,
komuniti-komuniti, pusat kepercayaan dan organisasi bukan kerajaan yang lain,
termasuk pihak berkuasa pendidikan dan kesihatan menyedari tanggungjawab perundangan
dan mereka bertindak keatasnya. Usaha kearah Pendidikan untuk Semua (EFA)
seharusnya komprehensif dan holistik pendidikan, kesihatan dan sektor sosial seharusnya
bekerja bersama-sama dan mengkoordinasi program-program mereka. Sektor pendidikan
mesti menunjukkan kepimpinan dan keberanian dalam mempertahankan hak semua kanak-kanak
untuk pendidikan, penjagaan dan perlindungan. Sekolah-sekolah dan pihak berkuasa
pendidikan mesti membenarkan kanak-kanak dan pemuda pemudi untuk memberikan respon
yang efektif terhadap pelbagai cabaran yang mereka hadapi di dunia pada hari ini,
diantara yang lain; peperangan dan konflik ketenteraan, perselisihan sivil dan keagamaan,
ketidakadilan ekonomi dan sosial, diskriminasi dan ketidaksabaran, dadah, wabak
HIV dan AIDS serta bencana alam[4]. Selain
itu, rangka kerja Dakar iaitu dalam konteks Pendidikan Untuk Semua telah menetapkan
dalam perkara 7 bermatlamat untuk memperluas dan mempertingkat penjagaan serta pendidikan
alam kanak-kanak awal yang komprehensif, terutamanya bagi kanak-kanak yang
paling lemah dan kurang bernasib baik memastikan bahawa menjelang 2015 semua kanak-kanak,
terutamanya perempuan, kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dan mereka yang
tergolong di dalam kumpulan minoriti, mendapat akses untuk pendidikan asasi
yang lengkap, percuma dan wajib yang berkualiti selain memastikan bahawa keperluan
pembelajaran untuk semua kanak-kanak muda dan dewasa dicapai melalui akses yang
sama rata untuk program pendidikan dan kemahiran hidup yang sesuai. Selain itu,
ia juga adalah untuk mencapai 50 peratus peningkatan dalam tahap celik huruf
orang dewasa menjelang 2015, terutama sekali bagi wanita, dan akses sama rata untuk
pendidikan asas dan menyambung pelajaran untuk semua orang dewasa. Seterusnya,
menghapuskan perbezaan jantina dalam pendidikan rendah dan menengah menjelang 2005,
dan mencapai kesamarataan jantina dalam pendidikan menjelang 2015, dengan fokus
untuk memastikan perempuan mendapat akses penuh dan sama rata dan pencapaian didalam
pendidikan asas yang berkualiti serta meningkatkan kualiti semua aspek didalam pendidikan[5]. Selain itu, UNESCO juga mempromosikan keaksaraan sebagai salah
satu hak asasi manusia dan sebagai salah satu penunjang keberhasilan pembangunan.
UNESCO merupakan badan koordinasi untuk United Nations Literacy Decade
(2003-2012), Education for All (EFA) dan Decade for Education for Sustainable
Development (2005-2014). Aktiviti UNESCO
secara global terfokus pada tiga kelompok prioriti iaitu wanita,
negara-negara Afrika dan negara-negara terbelakang. Dan yang terpenting, UNESCO
berkomitmen untuk menjamin bahawa setiap orang di dunia dapat hidup bersama dengan
damai dan saling menghargai perbezaan budaya. Oleh sebab itu UNESCO menekankan bahwa
pendidikan untuk menjadi warganegara yang baik serta pendidikan untuk nilai-nilai
yang mengutamakan perdamaian serta pemenuhan hak asasi manusia merupakan inti dari
kerja UNESCO[6].
INCLUSIVE
EDUCATION
Bukti
bahawa pendidikan merupakan hak asasi setiap manusia turut dinyatakan dengan
jelas melalui tema pembangunan ‘Inclusive Education’ atau juga disebut sebagai
pendidikan menyeluruh tanpa sebarang diskriminasi terhadap golongan orang
kurang upaya (OKU), kanak-kanak, mahupun wanita. Dalam sesebuah kerajaan bagi
semua negara memainkan penting untuk memberi dan menyediakan pendidikan kepada semua pelajar, tanpa mengira
ciri-ciri mereka, yang menghadapi kekurangan atau mempunyai kesukaran untuk
melengkapkan diri dengan pendidikan. Ia
termasuk kumpulan tertentu terutama masyarakat yang hidup di luar bandar yang
mempunyai masalah untuk membiayai dan mendapatkan peluang pendidikan. Inklusif
pendidikan diberikan kepada masyarakat terutama kepada mereka yang berada dalam
kategori seperti kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak perempuan, kanak-kanak
di kampung-kampung terpencil, dan yang miskin. Kumpulan-kumpulan ini
kebiasaannya tidak kelihatan kecuali jika dasar kerajaan dan akses kepada
pendidikan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan pendidikan dengan
kesesuaian yang diberikan kepada mereka. Keperluan yang mereka peroleh seperti
peralatan atau kemudahan untuk pembelajaran sebagai contoh mesin braille yang
disediakan khususnya untuk pelajar yang mengalami kecacatan penglihatan.
Inklusif pendidikan turut memberi pendedahan secara menyeluruh terhadap
pelajar-pelajar yang mempunyai kategori pelajar kelainan upaya untuk sama-sama
belajar dengan pelajar yang normal. Usaha ini merupakan suatu cabaran kerana
kebiasaannya pelajar yang normal memandang remeh mengenai keperluan yang
dikehendaki oleh pelajar-pelajar kelainan upaya. Namun begitu, usaha dalam
pendidikan inklusif ini dapat memberi peluang pelajar untuk sama-sama
berinteraksi disamping membina motivasi kepada pelajar normal untuk menjadi
suatu pengajaran bahawa tiada halangan untuk mendapatkan ilmu melalui
pendidikan[7].
Pendidikan inklusif terdapat enam modul yang tersendiri
yang mempunyai setiap bahagian cara pembelajaran yang berbeza dalam setiap
modul. Modul A telah menerangkan penempatan sepenuh masa di dalam kelas biasa
dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Modul
B menyatakan tentang penempatan sepenuh masa dalam kelas seperti biasa tetapi
mendapatkan khidmat nasihat atau bimbingan guru pendidikan khas. Modul C pula,
menerangkan penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas atau pusat sumber pendidikan khas. Modul D
mengenai penempatan di sekolah khas dan kelas ‘Satellite’ di sekolah biasa.
Modul E juga menyatakan tentang penempatan sepenuh masa tetapi di sekolah
pendidikan sahaja. Modul F merupakan modul terakhir dalam pendidikan inklusif
menyatakan tentang penempatan sepenuh masa di rumah kediaman seseorang yang
biasanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mempunyai masalah untuk
menerima pendidikan seperti pelajar normal. Modul-modul ini dijalankan mengikut
tahap-tahap modul tertentu agar guru-guru dapat mengenalpasti kategori
pelajar-pelajar yang layak menerima pendidikan inklusif. Tambahan pula,
kerajaan turut dapat mengenalpasti strategi dan bertanggungjawab untuk memberi
pendidikan sepenuhnya kepada masyarakatnya kerana melalui pendidikan juga dapat
memajukan sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, melalui pendidikan inklusif
inilah dapat membuka peluang kepada semua golongan untuk mendapatkan
pendidikan. Namun, melaksanakan pendidikan inklusif bukan suatu tugas yang
mudah kerana merupakan cabaran kepada dasar pendidikan dan pentadbiran pada
masa kini. Oleh itu, pendidikan untuk semua tanpa diskriminasi[8]
adalah penting dalam membangunkan negara untuk melahirkan warganegara yang
produktif dan mampu menyumbang kepada ekonomi yang berubah-ubah di negara ini.
Penambah baikan sistem ini memerlukan perubahan sistematik dan sokongan penuh
daripada semua pihak.
MILLENNIUM DEVELOPMENT
GOAL
Berdasarkan
matlamat ke – 2 daripada 8 sasaran yang ditetapkan oleh United Nations melalui
Perlembagaan Millennium Development Goal, mereka telah menggariskan bahawa
perkara ke – 2 tersebut ialah “Achieve Universal Primary Education”. Ini
bermaksud semua pelajar di dunia ini sama ada lelaki atau wanita mempunyai hak
untuk mendapat keseluruhan akses terhadap pembelajaran di peringkat sekolah
rendah menjelang tahun 2015.
Antara
alternatif yang diambil oleh organisasi ini untuk mencapai sasaran yang telah
ditetapkan, semua kanak-kanak yang telah mencecah usia yang telah ditetapkan
perlu mendaftar diri ke sekolah rendah. Mereka perlu menghadiri kelas pada
tahun 2009, namun ia bergantung kepada tempoh peringkat sekolah rendah dan
bagaimana sekolah di sesebuah negara itu mengawal kitaran tahap akhir di
sekolah mereka. Tetapi berdasarkan data
yang sedia ada, separuh daripada negara – negara sub-Sahara Afrika ,
sekurang-kurangnya satu daripada empat orang kanak-kanak pada peringkat umur
sekolah rendah telah tercicir daripada alam persekolahan.
Untuk
memenuhi matlamat itu, pihak Negara juga perlu memainkan peranan dengan
memastikan bahawa terdapat guru-guru yang mencukupi disamping kelas. Hal ini
adalah untuk memenuhi permintaan yang sedia ada serta pada masa hadapan. Pada
masa sekarang dan tahun 2015, bilangan guru-guru baru yang diperlukan di
kawasan sub-Sahara Afrika ,adalah sama sahaja dengan tenaga pengajar semasa di
rantau ini.
Walaupun
menghadapi pelbagai cabaran, namun banyak pencapaian yang positif yang telah
membuahkan hasil di kebanyakan rantau. Walaupun enrolmen di sub-Sahara Afrika
kekal terendah semua wilayah, namun ia masih meningkat sebanyak 18 mata
peratusan daripada 58 peratus kepada 76 peratus antara 1999 dan 2008 (rujuk
lampiran A). Peningkatan ini turut berlaku di kawasan di Asia Selatan dan Utara
Afrika, di mana enrolmen meningkat sebanyak 11 dan 8 mata peratusan
masing-masing.[9]
Selain
itu, jika dikaitkan dengan negara Malaysia , kita dapat melihat bahawa pihak
kerajaan Malaysia juga sangat menitik – beratkan akan hal ini. Contohnya,
matlamat Malaysia terhadap MDG di Malaysia bagi sektor pendidikan ialah
memperluaskan peluang pendidikan dan menaiktaraf sistem pendidikan nasional
merupakan strategi utama pihak kerajaan bagi memupuk perpaduan kaum, menyokong
pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan. Apabila rakyat berhak mendapat
pendidikan, peluang untuk menikmati hak-hak lain dapat dipertingkatkan lagi.
Di
samping itu, pendidikan juga merupakan keperluan asas dan hak asasi manusia.
Hal ini kerana, melalui pendidikan , seseorang itu dapat mengubah masa
hadapannya dan juga masa hadapan orang di sekelilingnya. Oleh yang demikian,
semua pihak mempunyaihak yang sama dalam memiliki pendidikan yang holistik.
Melalu iini secara tidak langsung ,ia dapat membantu memacu ekonomi negara ,
disamping mencapai tahap yang telah ditetapkan dalam MDG[10].
KESIMPULAN.
Pendidikan kini menjadi medium utama
untuk setiap individu meraih kejayaan. Kenyataan sebeginilah yng membuatkan
pendidikan amat istimewa dan perlu dipandang serius untuk memberi lebih banyak
lagi kemudahan bagi memudahkan pelajar-pelajar ini daripada tercicir. Dengan
adanya pelbagai medium untuk penyalurkan keperluan pembelajaran, hal ini akan
membuatkan individu yang ingin memperoleh pelajaran berasa lebih mudah untuk
dapatkan sumber-sumber pembelajaran. Sebagai contoh penubuhan UNESCO dapat
membantu mereka yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dengan memberi
penegasan mengenai hak asasi manusia. Selain itu dengan wujudnya tema
pendidikan untuk semua (EFA) dapat membuktikan bahawa pendidikan wajib diberi
kepada semua individu tidak kira dari faktor bangsa, agama, dan sebagainya.
Pendidikan untuk semua ini juga jelas sekali tidak mendiskriminasikan
golongan-golongan seperti penghidap HIV. Golongan ini juga diberi hak untuk
memperoleh pendidikan walaupun menderita penyakit merbahaya ini. Selain itu
pelbagai agensi seperti UNGASS bekerjasama untuk memberikan kesedaran kepada
mereka yang belum terlibat dengan HIV ini dan memberi perlindungan kepada
mereka yang telah menjadi mangsa samaada secara sengaja ataupun tidak[11].
Perkara ini jelas sekali menunjukkan bahawa, tiada jurung antara manusia dalam
menuntut ilmu. Pendidikan juga bukan dikhususkan kepada mereka yang sempurna
sahaja malah golongan kurang upaya juga diberi keistimewaan. Dengan adanya tema
pembangunan seperti Inclusive Education ini juga, hak samarata dalam memperoleh
pendidikan dalam kalangan orang kurang upaya terbela[12].
Tema pembangunan ini juga memberi kemudahan-kemudahan belajar yang diperlukan
oleh para pelajar kurang upaya ini untuk membantu mereka dalam mendapatkan ilmu
pengetahuan. Selain itu dengan menjadikan pendidikan sebagai asas dan hak asasi
manusia maka tiada individu yang ketinggalan dalam pelajaran. Seperti yang kita
ketahui di kawasan pendalaman akses terhadap pendidikan amat sedikit. Hal ini
akan menyukarkan mereka untuk mendapat pendidikan yang berkesan. Oleh itu
dengan adanya Melinnium Development Goals akses kepada pandidikan yang lebih
baik dpat dicapai. Dengan adanya akses pendidikan yang baik dan berkesan maka
para pelajar akan lebih motivasi untuk memperoleh kejayaan. Maka jelaslah
disini bahawa kenyataan bahawa pendidikan merupakan asas dan hak asasi manusia
wajar dipersetujui. Dengan terbuktinya keberkesanan tema-tema pembangunan yang
membantu dalam menjadikan pendidikan sebagai medium untuk berjaya dalam
kehidupan.
BIBLIOGRAFI.
Economic Planning Unit Prime Minister’s Department Malaysia - www.epu.gov.my/html/themes/epu/images/common/.../UNDP1.pdf
http://www.un.org/millenniumgoals/education
- (muat turun pada 4.4.2012 , 10.22pm)
Rangkakerja
Dakar – pendidikan untuk semua http://www.scribd.com/doc/8543785/Hak-Kanak-Kanak - (muat turun pada 6/4/2012)
UNESCO Bangkok di wilayah Asia dan Pasific http://www.unescobkk.org/id/about-us/asia-pacific-regional-bureau-for-education/unesco-bangkok-dan-wilayah-asia-pasifik/ - (muat turun pada 6/4/2012)
www.cpps.org.my/perlembagaan
persekutuan, page 8, perkara 12 - (muat turun pada 3/4/2012)
www.moh.gov.my/mohportal/nationalstrategicplanaids_FINAL.pdf - (muat turun pada 6/4/2012)
www.un.org/overview/rights.html/pengisytiharan hak asasi
manusia sejagat. - (muat turun pada 3/4/2012)
www.unesco.org/education for all - (muat turun
pada 3/4/2012)
www.unesco.org/events/education/training workshop on
inclusive education and gender equality in education - (muat turun pada
6/4/2012)
[1] www.un.org/overview/rights.html/pengisytiharan
hak asasi manusia sejagat. - (muat turun pada 3/4/2012)
[2] www.unesco.org/education
for all - (muat turun pada 3/4/2012)
[3] www.cpps.org.my/perlembagaan
persekutuan, page 8, perkara 12 - (muat turun pada 3/4/2012)
[4] (hak kanak-kanak ) http://www.scribd.com/doc/8543785/Hak-Kanak-Kanak - (muat turun pada 6/4/2012)
[5] (rangkakerja
Dakar – pendidikan untuk semua) http://www.scribd.com/doc/8543785/Hak-Kanak-Kanak - (muat turun pada 6/4/2012)
[6] (UNESCO
Bangkok di wilayah Asia dan Pasific). http://www.unescobkk.org/id/about-us/asia-pacific-regional-bureau-for-education/unesco-bangkok-dan-wilayah-asia-pasifik/ - (muat turun pada 6/4/2012)
[8]
Diskriminasi yang wujud akan dapat menimbulkan perbezaan dan usaha untuk
memberi pendidikan secara menyeluruh akan gagal jika terdapatnya amalan
diskriminasi
9 http://www.un.org/millenniumgoals/education
(4.4.2012 , 10.22pm)
[10]
ECONOMIC PLANNING UNIT PRIME MINISTER’S DEPARTMENT MALAYSIA (www.epu.gov.my/html/themes/epu/images/common/.../UNDP1.pdf)
[12] www.unesco.org/events/education/training
workshop on inclusive education and gender equality in education - (muat
turun pada 6/4/2012)
Hasil Penulisan : Siti Norsahliza Wagiah
No comments:
Post a Comment