Friday, 3 January 2014

Akhirnya, Ia Berakhir dan Berakhir Sampai Di Sini.

Assalamualaikum w.b.t.,

Syukur Alhamdulilah, ke hadrat Ilahi Kurnia-Nya, kerana akhirnya, blog terbaru saya dapat disiapkan walaupun masih simple2 sahaja lagi. Sudah lama saya tidak menulis dan berkongsi cerita secara suka2 sebagai kepuasan pada diri sendiri.

Tajuk saya hari ini, amat mendalam maknanya, untuk disampaikan. Apakah yang cuba saya sampaikan? Berakhir sampai di sini. Aduh! bunyinya macam putus cintakan? Terpulang kepada persepsi sebagai pembaca, kerana bukan mudah untuk kita menyampaikan sesuatu yang sudah lama terpendam dalam hati untuk diluahkan. Hati dan Jiwa adalah bersifat yang sangat halus, jadi tidak mudahkan untuk difahami jika diri sendiri sahaja yang akan mengerti, kerana hati itu ada dekat pada diri kita sendiri.

Berakhirnya tahun 2013, banyak yang mengajar saya erti cinta dan mengasihi seseorang. Tidak salahkan jika kita mengasihi? yang penting, ada batasnya dan niat kerana apa? Soal jodoh, memang benar orang kata ''ada jodoh tidak ke mana'' dan ''kita hanya merancang, tetapi Allah SWT yang menentukan''.

Senyum, senyum, senyumlah wahai hati. Ada hikmah di sebaliknya. Kadang2 hati ini, mahu sahaja ingin menjerit memberitahu apa yang sebenar terjadi. Biasalah, tanggapan dan persepsi orang di sekeliling bukan benar dan hanya 1 % sahaja yang boleh faham kita.

Cukup! saya rasa, apa yang saya putuskan, adalah hak saya untuk mencari kebahagiaan yang sebenar dan ikhlas. Bukan air mata yang selalu dihidangi kepada saya.

Tahun 2014 kian datang, semoga saya kuat, dan berpegang teguh pada pilihan yang Allah SWT berikan pada saya ini. Bagi saya ini adalah anugerah yang amat berharga dalam hidup saya. Syukur.

Sekian.

Sahlizaumairahrayyana

Waalaikumussalam.

No comments:

Post a Comment