Sinopsis :
Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Aida yang
merupakan seorang gadis yang cantik dan mempunyai ciri-ciri wanita melayu
terakhir yang menjadi idaman bagi setiap lelaki. Namun, dia mempunyai kehidupan
yang susah dan duka dengan penuh cabaran dalam rona kehidupan kerana mempunyai
keluarga yang serba kekurangan. Ayahnya seorang petani sebagai buruh yang
mengambil upah, malahan ibunya seorang suri rumah yang menghidapi penyakit
lumpuh kerana terlbat dengan kemalangan yang teruk. Namun, kesusahan dan
kemiskinan bukan penghalang untuk Aida mengubah kehidupan keluarganya untuk
menjadi senang. Aida telah ditawarkan menyambung pelajaran ke Universiti
tempatan. Namun begitu, ayahnya berasa berat hati untuk Aida menyambung
palajaran kerana bimbang menyusahkan keluarganya sendiri. Dia tekad untuk
bekerja semata-mata ingin menyambung pelajaran sebagai membayar yuran pertama.
Ibu dan bapanya tidak menghalang untuk dia melanjutkan pelajaran, tetapi jika
dia bekerja sudah pasti dapat meringankan beban keluarga di samping dapat
menampung perbelanjaan harian keluarga. Pelbagai cabaran dan dugaan yang
ditempuhi oleh Aida untuk mengubah kehidupan keluarganya. Namun, berlaku
konflik apabila Aida mendapat tahu bahawa dia adalah anak angkat sahaja. Aida
adalah anak orang kaya yang telah dipisahkan kerana menghadapi konflik
keluarganya sendiri. Selama ini Aida mengimpikan kehidupan yang senang telah
menjadi kenyataan, namun dia tidak akan melupakan jasa ibu dan bapa angkatnya
yang selama ini menjaganya. Setelah mengetahui dia adalah pewaris harta, dia
mendapati hidupnya tidak bahagia kerana suaminya yang inginkan harta dan tidak
ikhlas terhadapnya. Adakah kekayaan menjamin kebahagiaan? Dan dia akur bahawa
kesenangan yang bermula daripada kesusahan adalah amat memberi kehidupan yang
lebih bermakna kerana susah yang bermula diri sendiri lebih baik daripada
kesenangan secara tiba-tiba tanpa diduga dalam hidupnya.
Watak dan perwatakan :
1. Aida – Watak
utama dalam cerita ini. Dia seorang yang tabah menghadapi cabaran dalam hidup.
Mempunyai ciri-ciri wanita yang sopan-santun, lemah-lembut dan menghormati
orang tua. Seorang gadis yang mempunyai ketabahan yang tinggi namun hidupnya
tidak bahagia apabila berkahwin dengan Shahrul yang ingin memiliki hartanya
yang telah dia warisi daripada arwah ayahnya.
2. Pak Hashim –
Watak yang memainkan peranan penting kerana orang yang rapat kepada Aida. Pak
Hashim adalah ayah kepada Aida yang menjaga Aida sejak lahir lagi tetapi Pak
Hashim hanyalah ayah angkat sahaja kepada Aida.
3 Mak Nab – Watak
menjadi seorang ibu angkat Aida iaitu isteri kepada Pak Hashim. Mak Nab
menghidapi penyakit lumpuh sejak kemalangan yang lalu. Mak Nab amat menyayangi
Aida seperti anaknya sendiri walaupun dia bukan anak kandungnya yang sebenar.
1Haslina – rakan
kepada Aida yang berpura - pura baik dengan Aida. Dia seorang rakan yang tidak
menghargai pertolongan dan penghargaan yang telah Aida berikan. Haslina seorang
yang cemburu kepada Aida kerana Aida seorang yang berkarisma tinggi dan
sentiasa dapat menjadi perhatian orang di sekeliling kerana sifat
keperibadiannya yang baik hati.
2. Shahrul – Suami
kepada Aida yang bersikap berpura-pura menyayangi Aida setelah mengetahui
bahawa Aida adalah anak orang kaya. Dia menjadi suami yang baik dan penyayang
kepada Aida namun mempunyai niat jahat terhadap Aida.
3.Puan Nadia –
Isteri kepada Encik Hamid yang merupakan ibu kepada Aida. Puan Nadia seorang
ibu yang menyayangi Aida dan Encik Hamid tetapi kasih sayangnya lebur akibat
daripada tanpa restu kerana dia berkahwin dengan Encik Hamid dan mendapat
tentangan daripada keluarga Encik Hamid yang tidak dapat menerima Puan Nadia
dalam sebahagian keluarga Encik Hamid.
Contoh Bab :
Setiap Bab, dimulakan dengan kata-kata motivasi. Contoh :
·
‘’ Kesabaran
itu indah’’
·
‘’Hendak
berjaya perlu ada usaha’’
·
‘’Kegagalan,
bukan bererti akan gagal selamanya’’
Butiran ringkas mengenai karya
Tajuk : Destinasi Kasihku
Jumlah perkataan : maksimum 10 ribu patah perkataan
Gengre : Cinta dan Keluarga
Butiran ringkas mengenai penulis
Nama : Siti Norsahliza Binti Wagiah
E-mel : Sahlizawagiah@yahoo.com
No comments:
Post a Comment